PAS bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinisme - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinisme

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti Islam itu akan terus bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinisme.

Malah, beliau berkata Pakatan Rakyat masih ada selagi mana PKR belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perikatan itu.

"Kita kerja dengan semua parti yang tidak cauvinisme.Pakatan masih ada, PKR belum buat keputusan .

"Apa makna Pakatan?Pakatan sekurang-kurangnya ada dua bukan, kalau satu sahaja jadi Pakatan tak? soalnya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang, Chow Kit sebentar tadi.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berkubur selagi mana beliau masih hidup.

"Saya masih boleh berjalan dan hidup lagi," katanya.

Abdul Hadi semalam menegaskan Pakatan pembangkang itu masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan perikatan itu tidak wujud lagi.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari tampil menepis kenyataan itu dengan berkata Pakatan pembangkang tetap berpecah walaupun Abdul Hadi menyatakan kerjasama diantara PKR masih wujud serta belum berkubur. - AntaraPOS

0 Komentar untuk "PAS bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinisme"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI