Pakatan Rakyat: Nik Nazmi, Afif Bertelagah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan Rakyat: Nik Nazmi, Afif Bertelagah

PETALING JAYA: Konflik berhubung kedudukan pakatan pembangkang menyaksikan pertembungan pandangan antara dua pemimpin utama dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi kenyataan pada Ahad menolak pandangan timbalannya, Dr Afif Bahardin yang berkeras menegaskan bahawa gabungan PKR-PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat masih wujud.

"Dimaklumkan bahawa kenyataan bertajuk 'pendirian AMK terhadap Pakatan Rakyat' bertarikh 20 Jun bukan merupakan pendirian rasmi AMK.

"AMK selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi presiden dan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik yang turut dianggotai oleh saya sendiri," katanya.

Pada Sabtu, Dr Afif menerusi sidang medianya di Ibu Pejabat PKR di sini menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud.

Menurutnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak berhak untuk mengumumkan bahawa pakatan itu tidak lagi wujud.

Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Pulau Pinang berkata gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, Pakatan Rakyat bukan hak individu dan menggesa pemimpin tertinggi bersikap matang dan sedar akan harapan rakyat yang semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan kepincangan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa PR tidak lagi berfungsi secara formal selepas mengambil kira situasi politik semasa.

0 Komentar untuk "Pakatan Rakyat: Nik Nazmi, Afif Bertelagah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI