Pakatan Rakyat Setuju Wan Azizah Dilantik Ketua Pembangkang - Azmin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan Rakyat Setuju Wan Azizah Dilantik Ketua Pembangkang - Azmin

SHAH ALAM: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen yang baharu.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata keputusan tersebut akan diumumkan pada hari pertama sesi Parlimen yang akan datang iaitu 18 Mei ini.

Namun, ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu masih belum bertemu untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Saya percaya satu mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat akan diadakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku kajian semula mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz di sini, Rabu.

0 Komentar untuk "Pakatan Rakyat Setuju Wan Azizah Dilantik Ketua Pembangkang - Azmin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI