Pakatan setuju kenaikan gaji ahli Parlimen dan senator, kata Shahidan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan setuju kenaikan gaji ahli Parlimen dan senator, kata Shahidan

Ahli Parlimen pembangkang termasuk ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantah kenaikan gaji ahli Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan tiada tentangan yang diterima ahli Parlimen pembangkang, termasuk ketuanya, terhadap rancangan Putrajaya menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana persetujuannya yang membolehkan pelaksanaan kenaikan gaji ahli Parlimen.

"Saya ucap terima kasih kepada ahli Parlimen pembangkang dan ketua pembangkang, terhadap persetujuan perubahan gaji.


"Kita akan menunggu pengumuman daripada perdana menteri kelak," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata ‎kepada The Malaysian Insider membidas laporan sebuah portal yang menggambarkan dirinya mengugut pemimpin PR.

Ia merujuk kepada kenyataan sekiranya ada bantahan daripada pemimpin pembangkang itu maka kenaikan gaji itu harus dilupakan.

"Saya tidak maksudkan begitu ...‎ yang kita mahukan sekarang ini adalah gaji ahli Parlimen dinaikkan maka kita mahu ia dilaksanakan.

"Sekiranya ada tentangan, maka tidak adalah kenaikan gaji ahli Parlimen," katanya.

Terdahulu pada sidang medianya di Parlimen, Shahidan berkata kenaikan gaji itu tidak termasuk gaji perdana menteri dan menteri.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan berapakah jumlah kenaikan, tetapi berkata pembangkang meminta ‎peruntukkan tambahan elaun pejabat dan pembantu penyelidik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kajian semula elaun sedia ada bagi ahli Parlimen ketika membentangkan Bajet 2012.

Bagaimanapun, kenaikan yang memperuntukkan sebanyak RM30 juta dari belanjawan itu ditolak pembangkang. – 8 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-setuju-kenaikan-gaji-ahli-parlimen-dan-senator-kata-shahidan#sthash.D3MNXtFS.dpuf
0 Komentar untuk "Pakatan setuju kenaikan gaji ahli Parlimen dan senator, kata Shahidan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI