Saari: Bahaya PAS 'cuba bolot' tafsiran Islam - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Saari: Bahaya PAS 'cuba bolot' tafsiran Islam


Berita

ADUN PAS Saari Sungib berkata PAS kini meniti jalan yang yang bahaya apabila merasakan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mentakrifkan perjuangan dan pandangan Islam selain daripada perspektif parti itu sendiri.

Walaupun telah dilabel "barua" oleh presidennya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini berdepan dengan tindakan disiplin, aktivis veteran ini berkongsi pandangannya dengan Malaysiakini ketika ditemui di sebuah acara hujung minggu lalu.

Saari mempunyai latar belakang yang menarik. Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudiannya menulis beberapa buku mengenai hak asasi manusia dan Islam. Malah beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

ADUN Hulu Kelang ini turut menjadi mangsa 'kemarahan' Hadi kerana menginkari arahan parti dan menyebelahi PKR dan DAP ketika krisis menteri besar Selangor.

Insiden itu sekali lagi menunjukkan wujudnya pergeseran antara golongan ulama dan profesional yang ada di dalam PAS.

Mengimbas kembali, pada tahun 1982, Saari berkata, PAS pada ketika itu menganggap diri mereka sebagai satu-satunya badan atau jemaah politik Islam, manakala gerakan yang sama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan JIM  dilihat sebagai entiti yang memecahbelahkan orang Islam.

"Sejak bertahun-tahun lamanya, PAS membina satu kefahaman, hanya dialah yang mempunyai dasar perjuangan Islam, berdasarkan Islam yang layak untuk menginterpretasikan serta mentafsirkan apa sahaja berdasarkan perspektif Islam dan yang lain tidak ada hak.

"Ini amat berbahaya," katanya.

Saari berkata, walaupun PAS telah wujud selama enam dekad, namun parti itu belum bersedia jika ia melibatkan kepelbagaian sudut pandangan.

"PAS lebih 60 tahun pengalaman tetapi tidak menyediakan kepimpinannya, suasana politiknya, kekuatan intelektualnya untuk bertemu dengan kepelbagaian pendapat.

"Jika tidak ada kuasa, anda tidak akan rasa tetapi apabila anda mempunyai kuasa, anda rasa terancam dan berasa dicabar dan anda berasa tidak selesa. Dan anda mahu gunakan kuasa anda," katanya.  - MK
0 Komentar untuk "Saari: Bahaya PAS 'cuba bolot' tafsiran Islam"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI