Pelawak veteran Maidin meninggal dunia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pelawak veteran Maidin meninggal dunia

Pelakon Maidin Ibrahim yang meninggal dunia hari ini, merupakan pelawak veteran, dilihat dalam salah satu filem yang dilakonkannya. – Gambar diambil dari filem Mami Jarum, 13 Ogos, 2014.
Pelawak veteran yang terkenal dengan lakonan dalam filem Anak Mami, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi.

Menurut seorang anggota keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.

Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Mamu Maidin itu meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim, 5 anak serta tiga orang cucu.

Allahyarham yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang itu mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur dan pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. – Bernama, 13 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelawak-veteran-maidin-meninggal-dunia#sthash.L1vy3gMj.dpuf
0 Komentar untuk "Pelawak veteran Maidin meninggal dunia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI