PAS letak jawatan jika Khalid lantik Umno jadi exco, kata exco agama - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS letak jawatan jika Khalid lantik Umno jadi exco, kata exco agama

Exco Agama Sallehen Mukhyi hadir di Bangunan SUK, Shah Alam, pagi ini untuk menghadiri mesyuarat exco Selangor bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.Exco PAS Selangor tidak akan teragak-agak meletakkan jawatan jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik exco baru daripada Umno.

Exco Agama Sallehen Mukhyi berkata, tidak timbul isu pelantikan Umno dalam kuasa eksekutif negeri, sebaliknya hanya mereka berempat akan membantu Khalid menjalankan pentadbiran seperti biasa.

"Umno tidak timbul. Kalau Umno ada dalam barisan exco PAS akan keluar. Dia (Umno) bukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Semua empat exco PAS hadir ke SUK seperti biasa untuk menghadiri mesyuarat exco jam 10 pagi ini walaupun pemimpin DAP dan PKR malam tadi meminta mereka memboikot mesyuarat itu tanda solidariti terhadap pemecatan exco DAP dan PKR.
Exco Iskandar Abdul Samad dilihat tiba seawal jam 7 pagi bagi mengelakkan diserbu wartawan.

Kemudian, diikuti Dr Halimah Ali kira-kira jam 9.30 pagi, Dr Ahmad Yunus Hairi lima minit kemudiannya, dan Sallehen yang terakhir. – 13 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-letak-jawatan-jika-khalid-lantik-umno-jadi-exco#sthash.Fp5UUsOQ.dpuf
0 Komentar untuk "PAS letak jawatan jika Khalid lantik Umno jadi exco, kata exco agama"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI