Azmin jauh tinggalkan Khalid, Saifuddin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Azmin jauh tinggalkan Khalid, Saifuddin

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Penyandang jawatan nombor dua dalam parti Timbalan  Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabarnya Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifudin Nasution Ismail dalam pemilihan PKR 2014.

Keputusan itu dipaparkan menerusi laman web rasmi parti itu.

Mohamed Azmin didepan dengan memperolehi 21,066 undi, sementara Abdul Khalid 17, 608 undi manakala Saifuddin memperoleh 9,944 undi.

Keputusan yang diumumkan itu melibatkan 195 daripada 198 keseluruhan cabang PKR.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul, hanya tiga lagi cabang yang masih belum disahkan lagi keputusannya iaitu Pensiagan (sudah melalui proses pemilihan), manakala Kelana Jaya dan Puchong belum melaksanakan proses pengundian.

"Keputusan penuh pemilihan akan diumumkan ketika Kongres Nasional PKR pada 22 hingga 24 Ogos depan di Stadium Melawati, Shah Alam.

"Setakat ini kos kita belanjakan hampir setengah juta ringgit (untuk pemilihan),” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/politik/azmin-jauh-tinggalkan-khalid-saifuddin-1.297875
0 Komentar untuk "Azmin jauh tinggalkan Khalid, Saifuddin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI