Adakah kes MH17 akan selesai? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Adakah kes MH17 akan selesai?

KITA mesti desak PBB untuk membuat siasatan penuh bagi membuktikan siapa yang bertanggungjawab Pada Disember 1988, penerbangan Pan Am 103 milik Amerika Syarikat berkecai di ruang udara bandar Lockerbie di Scotland, membunuh 270 orang.

Punca nahas dikatakan akibat bom yang dirancang pemimpin Libya pada masa itu, Muammar Gaddafi. Namun sehingga hari ini, masih tiada jawapan pasti.

Jika tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden hampir sama yang menimpa MH17, adakah Malaysia akan mendapat jawapan pasti dalam masa terdekat?

Penganalisis Strategik dan Antarabangsa, Program Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ravichandran Moorty berpandangan sukar bagi Malaysia membuktikan siapa yang bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

“Sukar untuk kumpulan tertentu atau negara untuk mengaku bertanggungjawab. Apa yang boleh dilakukan buat masa ini hanyalah membuat jangkaan sahaja," katanya.

Justeru, beliau berkata Malaysia boleh menggunakan sistem antarabangsa untuk mendesak penyiasatan rapi menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Apa yang boleh kita lakukan, terus beri desakan melalui PBB. Malaysia sendirian tidak dapat memaksa mana-mana negara untuk mengambil tindakan.

“Kita perlu terlebih dahulu kenal pasti siapa bertanggungjawab ke atas tragedi ini, sama ada kerajaan (Rusia atau Ukraine) atau militan (disokong Rusia)?,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ravichandran berkata, terdapat juga kemungkinan pihak yang terlibat cuba menyembunyikan bukti daripada penyiasat.

Katanya, lokasi tragedi perlu dikawal dan serpihan tidak boleh diusik melainkan oleh pihak berkuasa.

"Memandangkan pesawat MH17 milik Malaysia, negara ini berhak sepenuhnya ke atas kotak hitamnya. Kotak hitam itu penting kerana mengandungi rakaman suara dan data kokpit boleh beri keputusan jelas sama ada ia ditembak atau dari mana peluru berpandu dilancarkan.

"Tetapi dari segi proses penyiasatan insiden ini, Ukraine berhak mengetuainya,” katanya.

0 Komentar untuk "Adakah kes MH17 akan selesai?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI