http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PermohonanakhbarKatolikditolak/Article
Mahkamah dengar rayuan kerajaan 10 September
The Herald masih dilarang guna kalimah Allah
Putrajaya: Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur semalam, gagal dalam permohonan membatalkan rayuan Kerajaan Malaysia berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik 'The Herald'.Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang sebulat suara membuat keputusan itu memutuskan ada isu yang perlu diputuskan mahkamah.
Berikutan keputusan itu, rayuan Kerajaan Malaysia akan mula didengar Mahkamah Rayuan pada 10 September ini. Turut bersidang Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf.
Pengerusi JATI, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (tengah) mengetuai bacaan doa selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Berikutan keputusan itu, rayuan Kerajaan Malaysia akan mula didengar Mahkamah Rayuan pada 10 September ini. Turut bersidang Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf.





0 Komentar untuk "Permohonan akhbar Katolik ditolak"