http://www.sinarharian.com.my/hiburan/isu-lambang-salib-jehan-mahu-peminat-rasional-1.195331
“SECARA jujurnya saya sedih sebab ada lagi orang-orang yang terlalu sensitif dan cepat melenting dengan perkara yang tidak sepatutnya.”
Itulah antara penjelasan yang diberikan oleh pengarah dan pelakon, Jehan Miskin berkaitan isu memakai salib yang menimpanya, baru-baru ini.
Itulah antara penjelasan yang diberikan oleh pengarah dan pelakon, Jehan Miskin berkaitan isu memakai salib yang menimpanya, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Jehan memberitahu, dia yang dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam sememangnya tidak logik untuk memakai lambang salib seperti yang dikatakan.
“Pada mulanya saya faham situasi beberapa pengikut Instagram yang nampak loket yang saya pakai itu sebagai lambang salib memandangkan saiznya kecil dan tidak jelas.
“Tapi saya mula tidak faham mengapa setelah saya jelaskan perkara sebenar, mereka masih mahu katakan perkara yang sama.
Sebagai orang Islam, tidak masuk akal saya mahu pakai lambang salib.
“Kalau pakai pun mungkin sebab tidak perasan, tapi dalam hal ini saya memang pakai loket itu sebab mahu kongsikan gambar dengan para peminat saya.
Loket tu adalah lambang pengakap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama,” jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Media Prima, kelmarin.
Tambah pengarah drama siri What If ini lagi, bila seseorang sudah menetapkan pemikiran yang negatif, apa sekalipun penjelasan yang diberikan akan tetap dipandang negatif.
“Dalam perkara ini mereka perlu lebih rasional dan saya sendiri cuba untuk bercakap dengan cara yang sama di Facebook, tapi bila masih ada mahu mempertikaikan, saya jadi buntu.
“Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas.
Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?,” katanya dengan panjang lebar.
Kesal dengan kata-kata kesat
Tidak mahu perkara menjadi lebih serius, Jehan memberitahu dia terpaksa memadam beberapa komen keterlaluan yang dilemparkan kepadanya dalam laman Facebook miliknya.
Tidak mahu perkara menjadi lebih serius, Jehan memberitahu dia terpaksa memadam beberapa komen keterlaluan yang dilemparkan kepadanya dalam laman Facebook miliknya.
Menurut Jehan, bila ada peminat yang menyebelahi dirinya, terdapat beberapa pengkritik sanggup melemparkan kata-kata yang kesat kepada peminatnya pula.
“Saya tidak mahu Facebook saya jadi medan pergaduhan mereka dan sebab itulah ada beberapa komen yang terpaksa saya padam.
Sekarang saya sendiri sudah malas untuk layan komen-komen itu semua,” katanya.
Difahamkan, aksesori itu tajaan Thomas Sabo dan tujuannya memuat naik gambar tersebut sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu.
0 Komentar untuk "Isu lambang salib: Jehan mahu peminat rasional"