Pelajar Kuin bantah dipindah, serah memo pada MB - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pelajar Kuin bantah dipindah, serah memo pada MB

http://www.malaysiakini.com/news/236771

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dibiayai kerajaan negeri Kedah sekali lagi menjadi tumpuan apabila pelajarnya membantah keputusan untuk memindahkan fakulti mereka ke tempat lain tanpa notis yang betul.

NONESeramai 504 daripada 1,200 pelajar terbabit menandatangani 
petisyen membantah langkah memindah Fakulti Muamalat (Pentadbiran Islam dan Perbankan) dari Kuala Ketil ke Mergong, kerana mereka tidak menerima sebarang notis bertulis mengenai pemindahan tersebut.

Beberapa wakil pelajar berkumpul untuk menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir.

Zulkifli Osman, seorang jurucakap dari pejabat menteri besar, menerima memorandum tersebut.

NONEKatanya, satu jawapan akan dihantar kepada Kuin tidak lama lagi berhubung bantahan pelajar terbabit.

"Langkah itu telah mengganggu emosi kami, menggangu pengajian 
kami dan melibatkan situasi kewangan kami," kata para pelajar fakulti tersebut, yang mahu dikenali sebagai Mahasiswa Prihatin 3K.

"Kami memilih untuk terus berada di Kuala Ketil dan jika Kuin bertegas untuk memindahkan kami, sila beri kami notis bertulis yang betul, jika tidak, ia memberi gambaran buruk tentang pengurusan mereka," kata seorang pelajar dari Sabah, yang merupakan salah seorang wakil yang menyerahkan memorandum kepada Muhkriz, di pejabatnya di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di Alor Setar, Mukhriz berkata kerajaan negeri akan cuba mencari pendekatan yang terbaik bagi menyelamatkan kemelut kewangan yang dihadapi Kuin.
    
NONEKatanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah 
bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya. 

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di Alor Setar hari ini.
    
Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa
 
iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.
    
Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.
    
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.
    
Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan
 
fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya.
    
Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.
    
Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya.
0 Komentar untuk "Pelajar Kuin bantah dipindah, serah memo pada MB"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI