Keburukan Parti PAS Buatkan Orang Islam Tak Suka PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Keburukan Parti PAS Buatkan Orang Islam Tak Suka PAS

PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Akan tetapi kenapa masih ramai orang Islam tidak dapat menerima PAS? Apa salah PAS sehinggakan orang Islam masih lagi tak boleh memberikan sokongan 100% pada PAS sedangkan UMNO diketahui penuh dengan kebusukannya.

Antara kesalahan parti PAS ialah tidak jalankan aktiviti mendakwahkan orang Islam sendiri secara meluas. Kebanyakan ahli PAS hanya menyokong PAS tetapi tugas berdakwah tidak giat dijalankan. PAS hanya pandai hentam orang sana sini tetapi malas nak berdakwah. Orang2 PAS perlulah menggunakan masjid untuk kepentingan Islam,mengajak orang Islam supaya membawa Islam dalam kehidupan tetapi PAS hanya lebih menumpukan kepada soal politik semata2.

PAS juga selalu menggunakan pendekatan menghukum sesuatu dengan cara keras terutamanya kepada orang UMNO. Kenapa dengan orang DAP yg bukan ISlam PAS boleh berlembut, tetapi sesama Islam dalam Islam PAS ingin berkasar. Pendekatan PAS yg sentiasa menyerang individu UMNO menyukarkan orang Islam menyokong PAS. PAS juga perlu berlembut dengan orang UMNO. Mereka bukannya orang kafir.

Fatwa2 PAS juga selalu menghukum orang UMNO, tetapi apabila berkenaan dengan DAP dan PKR fatwa itu berubah, itulah masalah. PAS pernah menuduh UMNO kapir dan sebagainya. Inilah yg membuatkan sesetengah orang tidak menyokong PAS.

Ada beberapa perkara lagi yang PAS perlu ubah untuk menarik minat orang Islam menyokong PAS. Jangan terlalu menghentam UMNO sehinggakan bermusuh dengan orang UMNO. Kalau PAS boleh berlembut dengan DAP, kenapa tidak dengan orang UMNO. PAS tak perlu nak bermusuh dengan segala hal dengan UMNO, ada benda yang boleh di buat bersama. PAS juga tak perlu bersama2 dengan parti UMNO, tunjukkan PAS lebih baik drpd UMNO.




http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=94


3. PAS terlalu rakus dan cuai

PAS terlalu kerap mengambil pendekatan konfrontasi sekalipun dalam isu kecil. Setelah PAS menawan begitu banyak negeri, PAS tidak pun menyediakan risalah-risalah atau pamplet atau buku2 untuk diedarkan kepada pelajar sekolah atau universiti untuk membersihkan salah faham terhadap undang-undang Islam.

Bukan susah mana untuk PAS menerbitkan risalah dan buku menjelaskan secara ringkas isu ini. Sebagai contoh, dakwaan palsu UMNO bahawa Islam menghukum mangsa rogol dan melepaskan perogol tidak pernah dijawab dengan kemas dan info rata-rata tak sampai kepada masyarakat.

Pendek kata, rakan penulis melihat PAS memang malas dan tidak sistematik dalam berdakwah dan merancang. Pendekatan kerapkali, sekalipn tidak sentiasa, kasar dan terburu-buru..

Satu contoh mudah, dulu PAS mengusulkan rang undang2 hudud. Berhubung hukuman ke atas penzina, terdapat khilaf pendapat berhubung isu mengandung sebelum kahwin. Hanya mazhab Maliki yang mengatakan bahawa mengandung sebelum kahwin akan membawa kepada 'presumption' atau anggapan zina. Mazhab lain tidak begitu kerana mangsa rogol pun boleh mengandung. Meletakkan beban bukti pada si mangsa tentulah zalim.

Dalam banyak-banyak pendapat mazhab, PAS pilih pandangan yang paling keras ini. Tentulah masyaraklat bising. PAtutnya, PAS gubal rang undang-undang Islam tersebut dan serahkan kepada mufti-mufti dan badan-badan agama DALAM DAN LUAR NEGARA untuk mendapatkan pandangan. Lepas tu , PAS patut anjurkan seminar dan jemput semua cendikiawan dan tokoh agama untuk beri pandangan dan nasihat.

4. ISU EKOnomi

Rakan penulis benci PAS kerana katanya PAS tak pandai urus ekonomi. Sedikit sebanyak ada benarnya. PAS bersungguh-sungguh dengan ceramah tetapi tidak sistematik dalam isu ekonomi. Apa yang susahnya jika PAS, PKR dan DAP buat satu majlis ekonomi untuk menyelaraskan investment dan ekonomi di negari-negeri Pakatan agar lebih banyak kerjasama dan lebih terancang. Nak buat satu akhbar bersama antara PAS, DAP dan PKR pun tak boleh boleh sampai sekarang.. Website PKR PULAK SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH MASUK ..

Pendek kata, banyaklah kebenciannya terhadap PAS. Bagi penulis, PAS masih 100x lebih baik dari UMNO kerana matlamat dan objektifnya berlandaskan Islam, cuma cara pelaksanaan perlu diperkemas.
0 Komentar untuk "Keburukan Parti PAS Buatkan Orang Islam Tak Suka PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI