Permohonan tangguh perintah ambil alih tanah Kuil Sri Maha Mariamman ditolak - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Permohonan tangguh perintah ambil alih tanah Kuil Sri Maha Mariamman ditolak



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya untuk menangguhkan perintah pengambilalihan semula tanah kuil itu oleh pemiliknya, One City Development Sdn Bhd (One City).

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mendengar permohonan ketiga-tiga pihak berkenaan serta defendan termasuk dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

Peguam yang mewakili One City, Claudia Cheah Pek Yee, yang ditemui di luar mahkamah, berkata Gunalan membuat keputusan menolak permohonan S Thangaraju, M Mohanakrishnan dan S Nagarajah dengan alasan ketiga-tiga pihak tidak ada locus standi manakala One City adalah pemilik yang sah terhadap tanah berkenaan.

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga plaintif yang juga penganut di kuil itu, menamakan Chellappa, Pengarah Perancang Negeri Selangor, kerajaan negeri, pemilik tapak kuil, One City Development Sdn Bhd (One City) dan Nagaraju sebagai defendan untuk menangguhkan perintah penghakiman persetujuan pada 11 Mac 2014 yang menyerahkan kembali tanah itu kepada pemiliknya iaitu One City.

One City juga bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil dan difahamkan wang sudah didepositkan kepada peguam kuil.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan itu pada 12 November lalu bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim Penghakiman Persetujuan.

One City kemudian memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan ketiga-tiga plaintif pada 16 November lalu.

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Norrasyidah Arshad
0 Komentar untuk "Permohonan tangguh perintah ambil alih tanah Kuil Sri Maha Mariamman ditolak"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI