1MBD akan membelenggu ekonomi negara - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

1MBD akan membelenggu ekonomi negara

\
SHAH ALAM - Pas mendakwa kemelut 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB) yang kembali panas mutakhir ini akan terus membelenggu ekonomi negara.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ini berdasarkan perkembangan di mana wujudnya pertelingkahan berterusan antara firma pelaburan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan 1MDB.

"Pertarungan 1MDB dan IPIC akan berlanjutan sehingga 2020, di mana kemungkinan 1MDB perlu membayar hutang AS$3.5 bilion kepada IPIC selain daripada AS$1.2 bilion yang dijanji untuk dilangsaikan tahun ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang mungkin ditanggung 1MDB mencecah AS$4.7 bilion (RM20.68 bilion)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, ujar Tuan Ibrahim, hutang AS$1.2 bilion yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC juga bercanggah dengan kenyataan Presiden 1MDB, Arul Kanda pada 31 Mei 2015.


Sebelum ini, Arul dipetik sebagai berkata, beliau bertegas bahawa dana AS$1 bilion daripada IPIC kepada 1MDB untuk membayar penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa bukanlah satu jenis pinjaman atau hutang.

Oleh itu, ujar Tuan Ibrahim lagi, sekiranya ia bukan hutang, mengapa 1MDB perlu membayar kembali ‘pelaburan’ tersebut berserta faedah?

"Apakah ini tergolong dalam berita palsu menurut kriteria Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Apakah 1MDB mempunyai dana yang cukup untuk membayar hutang IPIC?

Jika tidak, di mana kerajaan BN hendak mencari dana untuk membayar hutang kepada IPIC terutamanya jika mereka memenangi PRU14?," soalnya.

Dalam pada itu, soalnya lagi apakah yang terjadi kepada penyelesaian 1MDB-IPIC pada 2020 nanti sekiranya Perdana Menteri Malaysia bertukar orangnya memandangkan PRU14 perlu dipanggil selewat-lewatnya pada tahun depan.

"Sekiranya 1MDB tewas di dalam rundingannya dengan IPIC, apakah Perdana Menteri Malaysia yang baru akan membayar begitu sahaja tanpa mendedahkan apa yang terjadi kepada AS$3.5 bilion yang terbayar kepada Aabar Investments PJS, yang dinafikan IPIC sebagai salah satu anak syarikatnya?.

Katanya oleh itu "apapun, isu 1MDB akan terus membelenggu ekonomi negara untuk beberapa tahun akan datang. Takziah buat negara."

Setelah beroperasi lima tahun, 1MDB, anak syarikat milik penuh kerajaan, menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014.

Kesimpulannya, hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Pada Januari 2016, hutang tersebut mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit).

0 Komentar untuk "1MBD akan membelenggu ekonomi negara"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI