"Saya Tak Pernah Membenci Dr Mahathir" - Kit Siang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

"Saya Tak Pernah Membenci Dr Mahathir" - Kit Siang

PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau membenci bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lim yang juga bekas Setiausaha Agung DAP semasa Dr Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri berkata selepas beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pada 1998, beliau pernah bertanya kepada Dr Mahathir sama ada beliau akan menahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada waktu itu.

"Saya beritahu beliau, 'Saya tidak datang bertanya mengapa beliau menahan saya. Saya datang untuk tanya mengapa beliau tidak menahan Najib kerana pada waktu itu, Najib adalah Ketua Pemuda Umno. Jadi tiada apa-apa peribadi," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah kepada pemberita pada Ahad.

(Menurut laporan Najib telah mengetuai perhimpunan di Kampung Baru semasa ketegangan pada 1987 yang membangkitkan kebimbangan mengenai berlakunya rusuhan kaum.

Lim antara puluhan pemimpin pembangkang, aktivis politik dan pakar akademik yang ditahan di bawah Operasi Lalang pada Oktober 1987 ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Dalam rasa tidak puas hati dengan perubahan yang dilakukan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri, Lim menegaskan apa yang diperkatakannya mengenai Dr Mahathir diketahui umum.

"Hakikat bahawa kami boleh bekerjasama untuk menyelamatkan negara ini, itu yang amat penting sekarang," katanya.

Pada Jumaat, Lim menyertai Dr Mahathir, pemimpin pembangkang dan aktivis politik dalam menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menuntut Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Antara yang turut hadir Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan bekas Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim.

Lim bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan Mukhriz pada Sabtu bahawa mana-mana pengganti Najib perlulah datang daripada Barisan Nasional (BN).

0 Komentar untuk ""Saya Tak Pernah Membenci Dr Mahathir" - Kit Siang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI