PETALING JAYA: Pakatan Harapan menafikan akan mengadakan sidang media bersama dengan Tun Dr Mahathir pada Jumaat.
Namun, pakatan pembangkang itu tidak menolak bekerjasama dengan bekas perdana menteri tersebut dengan berkata Pakatan Harapan bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik atau ikon politik.
"Pendirian Majlis Presiden adalah kami sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan ia tidak menjadi mandat kami untuk menamakan mana-mana pihak," kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang itu pada Khamis.
Beliau menjelaskan laporan yang disiarkan media sebelum ini yang memetik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai berkata satu sidang media bersama Dr Mahathir akan diadakan pada Jumaat.
Namun, Nurul Izzah kemudiannya berkata Dr Mahathir dan pakatan pembangkang semata-mata berkongsi keinginan untuk menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menambah mereka tidak akan melepaskan penyalahgunaan kuasa bekas perdana menteri itu pada masa lalu.
Ketika ditanya sama ada Pakatan akan mengalu-alukan kerjasama dengan Dr Mahathir pada masa depan, Saifuddin sekadar tersenyum.
"Jika terdapat satu atau dua pemimpin dari parti politik dalam Pakatan melakukannya atas kapasiti peribadi mereka, maka itu adalah inisiatif mereka. Kami tiada masalah dengannya," kata Saifuddin.
Beliau mengulangi pendirian bahawa mereka tiada rancangan untuk menjemput Dr Mahathir menyertai parti pembangkang susulan keputusan bekas perdana menteri itu keluar Umno pada Isnin.

0 Komentar untuk "Pakatan Nafi Adakan Sidang Media Bersama Dr M"