"Najib Bukan Penyamun" - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

"Najib Bukan Penyamun"

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk terus mentadbir negara dan parti, sama sekali bukan seorang 'penyamun' seperti yang digambarkan musuh politiknya.

Malahan, tegas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, keyakinan terhadap Perdana Menteri masih kukuh untuk menguruskan negara, ekonomi dan parti keramat Umno.

"Datuk Seri Najib mempunyai segala ingredients untuk melakukannya.

"Saya tak fikir Datuk Seri Najib seorang watak penyamun seperti yang cuba digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan untuk menghancurkan Umno bila naik jadi presiden...tidak," katanya ketika temubual bersama mStar Online di sini, baru-baru ini.

Sejak kebelakangan ini Najib berhadapan tekenan termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melepaskan jawatan susulan skandal kewangan seperti kes SRC International dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Annuar berkata, Najib perlu mempertahankan kedudukannya kerana beliau disokong oleh institusi yang kukuh seperti Umno.

"Parti dan institusi presiden itu intact (tidak terjejas). Bukan kerana beliau perfect tapi kerana dalam struktur parti, kami merasakan beliau menunaikan tanggungjawab.

"Kalau Datuk Seri Najib tidak ada dalam parti, adakah boleh jamin pengganti beliau itu tak boleh diserang oleh sesiapa? Adakah orang baharu itu boleh buat lebih daripada Datuk Seri Najib? Kami tak nampak begitu.

"Bagi kami sekarang ini presiden kita menunaikan tanggungjawabnya, beliau bertahan diri dengan segala serangan yang ada padanya," katanya.

Ahad lalu, Najib meraikan detik bersejarah menandakan genap 40 tahun beliau terlibat dalam arena politik.

Najib bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976 pada usia 23 tahun sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982 sekali gus melakar sejarah sebagai menteri besar termuda iaitu pada usia 29 tahun.

http://bcove.me/q8teq58r
0 Komentar untuk ""Najib Bukan Penyamun""

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI