PETALING JAYA: Filem OlaBola yang menjadi viral ketika ini menunjukkan angka terbaharu dengan mencatatkan jumlah kutipan melebihi RM12 juta dalam masa 18 hari tayangan sejak menemui penonton pada 28 Januari lalu.
Astro Shaw dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Isnin memaklumkan, filem ini terus menunjukkan sambutan yang konsisten dengan jumlah jualan tiket memberangsangkan.
Selain itu, filem OlaBola masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC).
Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan.
Ia adalah kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar.
OlaBola diarahkan oleh Chiu Keng Guan dan dilakonkan oleh Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.
Bagaimanapun kutipan filem ini belum berjaya mengatasi kejayaan filem Polis Evo pada tahun lalu yang mencatatkan kutipan melebihi RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).

0 Komentar untuk "Kutipan Konsisten, 'OlaBola' Kutip RM12 Juta"