PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyuarakan keyakinan parti itu berhubung kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH), walaupun ia berdepan kritikan susulan dakwaan peningkatan liabiliti dan kemerosotan hasil pelaburan.
Malah parti pembangkang itu berpuas hati dengan penjelasan pihak kerajaan yang mengesahkan bahawa prestasi kewangan institusi Islam itu dalam keadaan baik dengan mengambil kira nilai aset pelaburannya.
"PAS yakin dengan kemantapan sistem tadbir baik yang diamalkan TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan pematuhan syariah tetapi mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada pendepositnya.
"TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang berorientasikan keuntungan maksima berbanding pulangan kepada pendeposit," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, TH menerima kritikan daripada pelbagai pihak selepas tersebar surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan liabiliti dan kemerosotan hasil pelaburan institusi kewangan Islam itu.
Menurut BNM, faktor ekonomi yang semakin mencabar sekarang memerlukan TH melantik ahli lembaga pengarah yang mampu melakukan pengawasan lebih baik untuk memastikan pelaburan institusi berkenaan dapat mengaut keuntungan.
Bagaimanapun Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail dilaporkan berkata, institusi itu memberi jaminan akan mengumumkan pembayaran bonus kepada pendepositnya pada awal Februari ini.

0 Komentar untuk "Tadbir Urus TH Mantap - PAS"