Pertarungan parti politik ini akhirnya akan berbalik kepada perebutan kerusi di pilihanraya kerana inilah syarat utama dalam permainan demokrasi yang dicipta manusia.
Siapa yang memenangi jumlah kerusi tertinggi akan menjadi juara yang bakal membentuk kerajaan.
Rakyat adalah pengundi, manakala kerja parti politik dan para ahli politik adalah untuk meracun minda rakyat sehingga menyokong mereka.
Di Malaysia, cara kempen parti politik agak sehala dan tidak berubah dari zaman tidak berinternet ke internet.
Mereka membunuh lawan dengan memburukkan lawan seteruk-teruknya samada sesama parti mahupun berdepan dengan parti lawan.
Rakyat dan ahli parti, kebanyakan masa, yang menjadi pembunuhnya di pilihanraya parti atau umum nanti.
Namun apa yang berlaku di dalam Umno hari ini cukup menarik.
Umno berhenti mengambil langkah memburukkan PAS sebaliknya Umno secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan jemputan rasmi terbuka yang dilakukan presidennya 2 kali berturut-turut.
Sebenarnya tidak susah nak baca apa yang sedang cuba dilakukan Umno.
Umno tahu rakyat marah, termasuklah rata-rata rakyat berbangsa Melayu dan kakitangan kerajaan dengan pelbagai jenis pengumuman kenaikan harga barangan yang mencekik leher.
Pada masa yang sama, Umno menjadikan DAP dan parti lain yang kelihatan tunduk kepada DAP sebagai boogeyman bagi orang Melayu sebagaimana DAP menjadikan Umno dan PAS sebagai boogeyman bagi orang bukan Melayu.
Umno tahu serangannya terhadap DAP amat berkesan, sebagaimana serangan DAP terhadap Umno.
Namun DAP bukan apa yang dirisaukan Umno.
Di Semenanjung Malaysia, Umno bertembung dengan PAS di 63 kerusi Parlimen, dan PKR di 43 Parlimen manakala DAP di 1 kerusi Parlimen.
Umno tidak risau bertembung dengan PKR, kerana tanpa PAS di gabungan pembangkang, PKR yang dilabel Umno sebagai kuda DAP sebagai modal kempen yang terbukti sangat berkesan.
Umno hanya risau sokongan orang Melayu terhadapnya akan beralih ke PAS, dan perkara ini sudah mula nyata.
PAS dan Umno sudah kehilangan sokongan bukan Melayu.
Jika tidak percaya, boleh merujuk kepada mereka yang membuat kajian semasa.
Hakikatnya, Umno kini tiada lagi apa yang dapat diserang terhadap PAS semenjak senjata Umno paling berkesan terhadap PAS iaitu “PAS kuda DAP” hilang sengat apabila 2 parti itu bercerai.
Untuk menghentikan pengaliran sokongan orang Melayu kepada PAS, Umno kini cuba berbaik-baik dengan PAS.
PAS cukup berhati-hati dalam isu jemputan ini. PAS, melalui presiden, timbalan presiden dan juga setiausaha agungnya - meletakkan syarat yang nyata untuk menerima jemputan ini iaitu Umno perlu mengubah dasar kepada Islam, dalam erti kata lain, Umno perlu bertaubat.
Jika ada orang yang sudi bertaubat, kita perlu sedia memaafkan.
Dalam usaha terdesak Umno memujuk PAS, di setiap ruang yang diberikan Umno kepada PAS untuk mendekati para pengundi Umno tegar yang tidak dapat didekati PAS selama ini – akan diambil kesempatan sepenuhnya PAS untuk berdakwah agar mereka dapat diberi keyakinan yang PAS adalah wadah yang lebih sesuai bagi orang Melayu.
Multaqa Al-Azhar adalah contoh pertama dan Perhimpunan Agung Perkasa adalah contoh ke-2.
Dan perubahan sikap Perkasa yang mula condong kepada PAS berbanding Umno adalah bukti jelas PAS sedang makan sokongan Umno sedikit demi sedikit dengan politik dakwah dan Islamnya.
Namun begitu, untuk menilai samada kerjasama antara parti politik samada akan menjadi kenyataan atau tidak, ia hanya perlu dilihat dari sudut pembahagian kerusi.
Hari ini, yang mempunyai kerusi yang banyak ialah Umno, yang mempunyai kerusi yang sedikit ialah PAS. itu, tidak timbul persoalan PAS akan melepaskan kerusi kepada Umno.
Seperti yang selalu disoal Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - berapa banyakkah kerusi dan negeri yang Umno sanggup lepaskan kepada PAS jika Umno betul inginkan bekerjasama dengan PAS?
Jawapannya ialah kosong, malah keinginan Umno merampas Kelantan tidak pernah terhenti selama ini. Ketajaman politik Tuan Ibrahim menilai muslihat Umno antara sebab beliau diserang media pro-Umno seperti MYKMU.net dan juga BNBCC kebelakangan ini.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna PAS perlu berhenti berpolitik dan berdakwah.
Dengan jemputan Umno, walaupun umum mengetahui jemputan ini mempunyai agendanya tersendiri, PAS kini dalam kedudukan yang baik untuk memberitahu penyokong Umno yang takut dengan kehilangan Umno selama ini – “Tak apa biar Umno tumbang, masih ada PAS.”
Dengan jemputan terbuka kepada PAS, Umno membuka pintu besar mereka yang tertutup selama ini kepada PAS untuk meluaskan dakwahnya ke atas para pengundi Umno yang menewaskan PAS selama ini di kerusi majoriti Melayu.
Jika keadaan Umno terus lemah, jemputan ini akan terus terbuka dan tidak dapat ditarik balik – ini bermakna PAS dapat terus meneruskan dakwah mereka kepada para penyokong Umno.
Ini sekadar pandangan syok sendiri penulis. – 21 Disember, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/pas-mula-makan-sokongan-umno#sthash.9BKgjAYb.dpuf

0 Komentar untuk "PAS mula makan sokongan Umno"