Bukan Islam dalam Amanah boleh pegang jawatan penting, buat keputusan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bukan Islam dalam Amanah boleh pegang jawatan penting, buat keputusan

Orang bukan Islam boleh menjadi ahli penuh dan memegang jawatan membuat keputusan dalam Parti Amanah Negara (Amanah), dalam usaha parti baharu itu mereformasi politik Islam di Malaysia, kata presidennya Mohamad Sabu.

Katanya, ia sebahagian fokus Amanah dalam membawa politik dengan imej urus tadbir baik (good governance), amanah dan inklusif, selari dengan prinsip Islam.

Ia berbeza dengan parti Islam lain yang memberi tumpuan kepada isu aqidah dan pelaksanaan undang-undang Syariah, kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Imej Islam buruk kerana umatnya. Islam (dianggap) agama pembunuh, pencetus huru hara, aniaya wanita, diskriminasi agama lain dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita mahu, bila Amanah muncul, ia disokong pelbagai pihak. Dan orang bukan Islam tidak gerun dan gentar lagi bila sebut Islam," kata bekas timbalan presiden dan bekas aktivis PAS itu.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Amanah mengambil pendekatan terbuka kepada orang bukan Islam, berbanding PAS yang menerima orang bukan Islam hanya sebagai ahli tidak penuh dan boleh memegang jawatan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sahaja.

Namun untuk menjaga kepentingan Islam sebagai dasar parti, Mat Sabu berkata presiden dan timbalan presiden Amanah hendaklah menghayati dan komited dengan ajaran Islam.

Mat Sabu dan sekumpulan pemimpin "progresif" meninggalkan PAS selepas kalah teruk dengan golongan konservatif dalam pemilihan parti pada Jun.

Mereka meninggalkan PAS setelah tidak bersetuju dengan kepimpinan baharu yang konservatif berhubung hala tuju parti.

Menurutnya, dari segi amalan, orang Jepun yang bukan beragama Islam, jika menerima Allah dan Rasul, boleh menjadi umat terbaik.

Mohamad Sabu berkata pemimpin gerakan Islam, termasuk di Malaysia sekarang, terlalu didedahkan dengan kemewahan dan tidak amanah tentang hak orang lain.

Mat Sabu memberi contoh sikap rakyat negara itu ketika tsunami melanda mereka pada 2011.
"Apabila tsunami selesai, mangsa yang meninggalkan pusat pemindahan meninggalkan beribu-ribu barang berharga kerana ia tidak diketahui siapa pemiliknya kerana pemiliknya kemungkinan sudah meninggal dunia.

"Orang yang hidup ini tidak mahu mengambil barang itu walaupun berharga, kerana ia bukan hak mereka, tetapi perkara sebegini berlaku di Malaysia.

"Semua ini tidak ada pada orang Islam di Malaysia. Cuba kalau lori ikan terbalik, orang berebut-rebut mengambil ikan itu dahulu, bukannya mahu menolong pemandunya, padahal baru balik kuliah Maghrib kat surau," kata Mat Sabu.

Menurutnya, inilah yang cuba ditekankan Amanah yang mementingkan konsep amanah itu sendiri.

Baginya, pemimpin gerakan Islam, termasuk di Malaysia sekarang, terlalu didedahkan dengan kemewahan dan tidak amanah tentang hak orang lain.

"Kenapa sesetengah pemimpin Islam sanggup membuat tuntutan elaun mesyuarat walaupun mereka tidak hadir? Ini kerana tidak ada amanah, elemen Islam yang tertinggal kerana mengejar perkara yang lain," katanya.

Sehubungan dengan itu, kata Mat Sabu, beliau bersetuju dengan kenyataan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Dr Aziz Bari, yang kini ahli DAP.

"Kata Aziz, orang PAS tak payahlah berdakwah kepada orang DAP. Mereka sudah pisahkan akhlak dengan aqidah," katanya. – 5 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukan-islam-dalam-amanah-boleh-pegang-jawatan-penting-buat-keputusan#sthash.kOBEOMl0.dpuf
0 Komentar untuk "Bukan Islam dalam Amanah boleh pegang jawatan penting, buat keputusan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI