Husam berubah sejak tak lagi jadi 'orang penting' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Husam berubah sejak tak lagi jadi 'orang penting'

SHAH ALAM - Pas menyifatkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mula berubah sikap sejak tidak lagi menjadi 'orang penting' dalam parti ditambah pula selepas tewas dalam pemilihan lalu.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, sebelum ini Husam tidak pernah menjadi penyerang parti namun kini lantang mengkritik.

"Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan Pas Kelantan? Pernah dia berbuat demikian sebelum ini?

"Sejak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan menggantikan beliau. Sejak Tok Guru Nik Aziz merestui keputusan agar Husam tidak lagi menjadi exco kerajaan Kelantan.

"Sejak Tok Guru Nik Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga-lagakannya dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas).

"Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar. Sejak itu Husam berubah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Husam dilihat menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat ditambah masih ada beberapa tunggakan yang belum dilunaskan.

Terbaharu, Husam mendedahkan pula kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Ahmad Amzad dalam kenyataan sama berkata, pihaknya tidak tahu tujuan serangan Adun Salor itu yang masih ahli Pas terhadap Kelantan sedangkan beliau adalah sebahagian daripada masalah yang berlaku itu.

"Saya tak tahu apa tujuan Husam. Dia menyerang kerajaan Pas Kelantan hingga orang Umno pun bertepuk tangan. Sedangkan dia adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian dari masalah yang telah berlaku.

"Dia menyerang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang cuma mewarisi pentadbiran sebelumnya. Masalah yang Husam bangkitkan itu berlaku sejak Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar dan orang yang paling diberi kepercayaan oleh Allahyarham adalah Husam sendiri.

"Projek-projek yang bermasalah sekarang, ada 'kelibat' Husam di sebaliknya. Seperti sindiran wakil rakyat Umno di sidang Dun Kelantan yang menyebut 'kambing jamnapari...dia! Kelantan Golden Trade..dia!, lebuh raya...dia!'," katanya.

Tindakan Husam itu dilihatnya seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang mensabotaj Pas.

"Dia bukan lagi mempertahankan kerajaan Pas tapi bekerja kuat untuk hasut rakyat agar hilang keyakinan kepada Pas. Dia bertindak sama saja seperti Amanah mensabotaj Pas.

"Amanah bertindak sama saja seperti DAP mensabotaj Pas. Husam bertindak sama saja seperti DAP yang mendokong Amanah.

"Umno serang Pas, DAP serang Pas, Husam serang Pas. Di Kelantan, jatuhnya Pas, yang naik bukan Amanah dan bukan DAP. Jika bukan Pas, yang naik adalah Umno," katanya.

Katanya lagi, rakyat kini dapat melihat dengan jelas kelompok pengkhianat yang tidak betul pemikirannya dan penuh dengan 'penyakit'.

"Mulut berkata mahu jatuhkan Umno tetapi tindakan mereka memberi nyawa kepada Umno. Mulut berkata mahu perjuangkan rakyat tapi tindakan mereka tidak matang dan tidak bertanggung jawab sehingga menjadikan politik satu sarkis yang mengheret rakyat dengan keputusan keputusan yang menyusah dan meresahkan rakyat.

"Mengaku berjuang Islam tetapi bersekongkol dengan yang mengambil sikap anti perjuangan Islam," katanya.

0 Komentar untuk "Husam berubah sejak tak lagi jadi 'orang penting'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI