G25 gesa program, akaun Jakim diaudit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

G25 gesa program, akaun Jakim diaudit

Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) hari ini menggesa supaya program, aktiviti serta akaun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diaudit secara telus sama seperti jabatan kerajaan yang lain.

Dalam satu kenyataan malam ini, kumpulan moderat Melayu itu berkata pihaknya juga akan mengendalikan suatu kajian yang mendalam dan menyeluruh mengenai fungsi, aktiviti dan perbelanjaan Jakim.

Kajian itu, kata kumpulan itu bertujuan mengesahkan kedudukan Islam dalam konteks demokrasi berperlembagaan dan menentukan Jakim tidak melanggar batas-batas peribadi hidup umat Islam di negara ini seperti yang di dakwa oleh beberapa pihak.

 "Memandangkan program dan aktiviti Jakim adalah dibiayai oleh wang rakyat sewajarnyalah rakyat Malaysia ketahui bagaimana wang itu dibelanjakan.
"Ini adalah antara sebab utama mengapa G25 ingin melaksanakan kajian ini.

"Kami harap akan dapat memaklumkan hasil kajian ini serta apa-apa saranan yang dibuat kepada pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia amnya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, kumpulan profesional Melayu-Islam itu menyuarakan kebimbangan mereka kepada perdana menteri mengenai keghairahan badan agama melaksanakan tanggungjawab mereka hingga melebihi batasan perundangan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Malah, keghairahan badan agama itu, kata G25 turut menjejaskan pembahagian kuasa antara pusat pentadbiran persekutuan dan negeri-negeri.

Sebelum ini, kerelevanan Jakim dipersoalkan apabila anak timbalan perdana menteri ke-2, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik Ismail, menggesa supaya jabatan itu dimansuhkan kerana langsung tidak berperanan mengikut Perlembagaan.

Bajet Jakim menjadi perdebatan baru-baru ini, apabila menghabiskan hampir RM1 bilion duit pembayar cukai dalam peruntukan dan perbelanjaan tahunan jabatan itu. – 29 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/g25-gesa-program-akaun-jakim-diaudit#sthash.eB68vS4w.dpuf
0 Komentar untuk "G25 gesa program, akaun Jakim diaudit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI