Lebih Baik Kerjasama Dengan Musuh Berbanding Bekas Rakan - PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Lebih Baik Kerjasama Dengan Musuh Berbanding Bekas Rakan - PAS

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan berkerjasama dengan Parti Amanah Negara, menurut Setiausaha Agung parti itu Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata lebih baik PAS 'berdiri sendiri' daripada menyertai parti serpihan itu.

"Kita buat cara kita sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh kita berbanding bekas rakan.

"Bekas rakan anda tahu semua rahsia anda.

"Jika kita perlu berdiri sendiri, kita akan berdiri sendiri. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak akan mempunyai pasangan... kita mungkin ada rakan kongsi baru. Siapa? Hanya tunggu dan lihat," katanya di lobi Parlimen, Khamis.

"Jika ia bukan sebuah parti, mungkin seorang individu," katanya.

Takiyuddin juga memberitahu Amanah untuk 'menjaga urusan sendiri', selepas pengarah komunikasinya, Abdul Khalid Samad memberitahu PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada parti Islam itu mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional atau menjatuhkannya.
"Apa yang berlaku dalam parti kami adalah urusan kami. Anda jaga parti anda dan kami akan jaga parti kami," katanya.


Mengenai BN, Takiyuddin berkata tidak ada pakatan politik dengan mereka, sambil menambah PAS terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu atau pihak untuk kebaikan rakyat.

"Kami kekal sebagai pembangkang. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan Persekutuan. Semua pihak termasuk DAP, untuk perkara baik," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata ini tidak bermakna PAS akan menyertai mereka dalam pilihan raya akan datang.

"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya akan datang. Itu adalah sangat jelas. Kami kekal sebagai pembangkang," kata beliau.

0 Komentar untuk "Lebih Baik Kerjasama Dengan Musuh Berbanding Bekas Rakan - PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI