Lang Merah kembali bersaing - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Lang Merah kembali bersaing

KEDAH kembali merampas carta Kumpulan A Piala Malaysia dengan menumpaskan Lions XII 2-0 pada aksi penuh rancak dan mendebarkan di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kemenangan dilakar anak didik Tan Cheng Hoe itu sekali gus menembus kehampaan skuad Lang Merah yang tumpas 2-3 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi ketiga di gelanggang sama Selasa lalu.

Walaupun tercetus kontroversi luar padang melibatkan tonggak import, Bang Seung Hwan dan jurulatih  sebelum  ini   namun  ia tidak menggugat tumpuan pemain  tuan rumah  untuk beraksi 100 peratus.

Tiada jaringan pada babak pertama namun Hijau Kuning mendominasi perlawanan beberapa kali mencemaskan pintu gol pelawat membuatkan penyokong setia Pulun Kedah Pulun tidak senang duduk menanti gol keramat di Alor Setar.

Selepas beberapa kali mencuba, Kedah memecah kebuntuan jaringan menerusi satu gerakan set piece menarik Sandro Mendoca yang mengambil sepakan percuma di luar kotak penalti ditepis Izwan Mahbud tetapi Chidi Edeh yang tidak dikawal menyambar bola untuk meletakkan pasukannya di depan minit ke-48.

Gol itu menyemarakkan pemain Kedah yang mendapat sokongan tambahan daripada kira-kira 20,000 penyokong tegar mereka yang membanjiri stadium sejak petang sebelum perlawanan bermula.

Ketika Lions sibuk mencari jaringan penyamaan, Edeh muncul  sekali lagi mengukir nama selaku penjaring dengan menolak masuk bola m-78 untuk tiga mata berharga.

Sementara itu, bekas juara 32 kali, Selangor turut mencipta kemenangan moral di halaman lawan selepas mengatasi Kelantan 1-0 di Kota Bahru.

Bagaimanapun, The Red Giants hanya mendapat 'ihsan' daripada tuan rumah yang terjaring gol sendiri menerusi Noor Hazrul Mustafa m-20 sekali gus membawa skuad bimbingan Mehmet Durakovic memimpin Kumpulan C dengan tujuh mata.

0 Komentar untuk "Lang Merah kembali bersaing"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI