Awie & Fara Fauzana Hos Anugerah Skrin 2015 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Awie & Fara Fauzana Hos Anugerah Skrin 2015

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie dan penyampai radio, Fara Fauzana bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) pada 8 November depan.
Fara yang ditemui berkata, dia teruja dapat berganding dengan Awie  itu kerana sudah lama mengimpikan untuk bekolaborasi dengan legenda rock itu.

"Awie adalah antara figura yang memang saya idam-idamkan untuk bekerjasama dan Alhamdulillah ASK 2015 menyatukan kami.

"Buat masa sekarang kami masih belum ada perancangan mengenai gandingan ini tetapi Insya-Allah ia akan berjalan dengan baik," katanya kepada 
mStar Online.Fara berkata demikian selepas ditemui pada pelancaran ASK 2015 di Hotel Royale Chulan di sini, Rabu.

ASK 2015 bakal diadakan pada 8 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada pukul 9 malam.

Manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh Hani Hatim, Muadz dan Ain Edruce.

Barisan artis yang akan terlibat dalam Anugerah Skirn 2015 nanti.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, pada tahun ini pihaknya mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan pencalonan lima terbaik dan ia hanya diketahui pada malam ASK 2015.

"Kami ingin mewujudkan elemen kejutan pada ASK 2015 dan sebab itu kita tidak mahu mengumumkan pencalonan lima terbaik.

"Selain itu, kami akan memperkenalkan satu ketegori baharu iaitu Anugerah Penyunting Terbaik Drama bagi memberi pengiktirafan kepada penyunting visual," ujarnya.

Sementara itu, Sherina berkata, secara keseluruhannya, ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori yang meliputi 12 kategori drama, tujuh (filem), enam (penerbitan dalaman) dan enam (teknikal).

Untuk kategori drama, sebanyak 16 buah drama, lapan drama rantaian, tiga drama rantaian komedi dan tiga drama rantaian popular media sosial dicalonkan.

Manakala untuk kategori filem, 25 karya terbitan tempatan turut layak dipertandingkan.

Berikut adalah kategori dipertandingkan dalam ASK 2015

Kategori Drama
 1. Drama Terbaik
2. Lakon TV Terbaik
3. Pengarah Drama Terbaik
4. Penyunting Drama Terbaik
5. Videografi Terbaik Drama
6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Wanita Terbaik Drama
8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
10. Drama Rantaian Komedi Terbaik
11. Drama Rantaian Terbaik
12. Drama Rantaian Popular Media Sosial

Kategori Filem
1. Filem Terbaik
2. Lakon Layar Terbaik
3. Pengarah Terbaik Filem 
4. Pelakon Lelaki Terbaik 
5. Pelakon Wanita Terbaik Filem
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem 
7. Pelakon Pembantu Terbaik Filem

Penerbitan Dalaman
1. Rancangan Bual Bicara Terbaik
2. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
3. Laporan Khas Berita Terbaik
4. Rancangan Hiburan Terbaik
5. Rancangan Anugerah Terbaik
6. Rancangan Realiti Terbaik  

Teknikal
1. Videografi Terbaik 2. Suntingan Terbaik
3. Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik
4. Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik
5. Rekabentuk Set Terbaik
6. Montaj Terbaik

0 Komentar untuk "Awie & Fara Fauzana Hos Anugerah Skrin 2015"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI