PUTRAJAYA – PR akan sentiasa membuka pintu terhadap mana-mana parti yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pintu PR bukan hanya terhad kepada Parti Pekerja Malaysia sahaja, malah ia turut dibuka kepada Pas sekiranya parti tersebut masih mengekalkan objektif perjuangan yang sama.
“Penting untuk kita benar-benar faham bahawa perjuangan kita adalah untuk menundukkan rejim lawan.
“Perjuangan ini perlu bersifat lebih inklusif dan menampilkan wadah perjuangan baharu seperti Parti Pekerja menangani rejim tersebut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Nurul Izzah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Ibu dan adiknya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Nuha Anwar.
Pertemuan tersebut yang bertujuan untuk membincangkan status kesihatan dan kaedah rawatan Anwar turut dihadiri peguam mereka, Latheefa Koya dan N. Surendran.
Nurul Izzah bagaimanapun berkata, Pas tidak pernah ‘dipinggirkan’ dari pembentukan PR baharu itu.
“Pakatan Rakyat terdahulu berjaya kerana gabungan tersebut telah mendapat 52 peratus sokongan rakyat. Jika kita mahu mengambil kira kemarahan dan ketidakpuasan hati, pasti sukar untuk kita mendepani dan menguruskan cabaran berbeza.
“Selagi mereka komited kepada agenda pembaharuan, dan mengutamakan perubahan sistem sebagai salah satu agenda perjuangan, kita akan mengalu-alukan pihak tersebut,” katanya lagi.

0 Komentar untuk "PR 2.0: PKR buka pintu kepada sesiapa sahaja"