PETALING JAYA: Arahan pertukaran dua pegawai kanan SPRM berkuatkuasa serta merta ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan pengurusan tertinggi badan bebas itu.
Beberapa jam selepas surat rasmi pertukaran Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) diterima, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull tampil bersuara. "Hantar balik pegawai saya segera, ambik saya sebagai ganti," katanya ketika dihubungi Jumaat.
Beliau yang bercuti dan masih berada di luar negara turut menegaskan, semua pegawainya bertindak atas arahannya.
SPRM pada Jumaat dikejutkan dengan pertukaran dua pegawai kanannya secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.
Antara mereka yang ditukarkan itu ialah Bahri - salah seorang daripada kakitangan yang disiasat polis dari Bukit Aman berhubung syarikat kerajaan, 1MDB.
0 Komentar untuk "Pertukaran Dua Pengarah SPRM: "Ambil Saya Sebagai Ganti" - Shukri Abdull"