Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan baharu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan baharu

Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu selepas desakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat.

Dalam kenyataan bersama hari ini mereka berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa Najib adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.

"Ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan GHB bersedia untuk membincangkan cadangan oleh ahli Parlimen BN untuk membentuk satu majoriti menggantikan kerjaan Najib dengan perubahan politik sebagai teras agenda kerajaan baru.
"Pembebasan Anwar sepatutnya menjadi salah satu tugas sebagai usaha membentuk majoriti baru. Semua pendakwaa politik juga perlu dibatalkan," katanya.

Kenyataan bersama itu ditandatangani DAP Lim Kit Siang (Gelang Patah), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), Teresa Kok (Seputih), Liew Chin Tong (Kluang) dan Teo Kok Seong (Rasah).

Daripada PKR adalah Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Johari Abdul (Sg Petani), Wong Chen (Kelana Jaya), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), dan S Manivanan (Kapar).

Ahli Parlimen mewakili GHB adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Khalid Samad (Shah Alam).

Katanya, mereka juga mencapai beberapa resolusi ketika mengadakan pertemuan di Parlimen semalam.

Mereka bersetuju menyokong Bersih 4 hujung minggu ini dan menggesa Najib serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak ada tindakan keras sepanjang himpunan.

Mereka juga akan mengambil bahagian dan Jawatankuasa Perunding Dana Politik jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib secara misteri oleh pihak luar didedahkan.

Syarat lain adalah bidang majlis itu akan diperluaskan kepada perubahan sistem pilihan raya dan jaminan kebebasan perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Awal bulan ini, Najib mengumumkan jawatankuasa konsultatif nasional tangani isu pembiayaan politik bagi memastikan dana disalurkan secara integriti.

Namun pengumumannya dipandang skeptikal kerana dibuat ketika dirinya sendiri hebat dikritik dan dipersoalkan tentang derma RM2.6 bilion yang disalurkan daripada negara Timur Tengah. – 27 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembangkang-sedia-berbincang-dengan-bn-bentuk-kerajaan-baharu#sthash.ovCmjG7A.dpuf
0 Komentar untuk "Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan baharu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI