Filem 'Gila Baby' Ungguli Anugerah Lawak Warna 2015 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Filem 'Gila Baby' Ungguli Anugerah Lawak Warna 2015




SERDANG: Filem terbitan Grand Brilliance berjudul Gila Baby diumumkan sebagai Filem Komedi Terbaik pada Anugerah Lawak Warna 2015 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, Jumaat.

Pengarahnya, Khabir Bhatia pula berjaya membawa pulang trofi Pengarah Komedi Terbaik (Filem) menumpaskan calon lain seperti Mamat Khalid, Bernard Chaully dan Ismail Bob Hashim.

Khabir bersama Alfie Palermo turut menerima anugerah Lakon Layar dan Skrip Komedi Terbaik (Filem) menerusi karya sama.

Tambah manis, kedua-dua pelakon utamanya iaitu Nadiya Nisaa dan Beto Kusyairi menerima trofi Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik (Filem).

Nadiya Nisaa menang kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik menerusi filem Gila Baby.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada AR Badul yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap industri televisyen dan filem komedi sepanjang 40 tahun sebagai anak seni.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan termasuk 13 kategori yang diadili menerusi penjurian profesional manakala empat berdasarkan pilihan peminat.

Sementara itu, kategori televisyen pula menyaksikan trofi Telefilem Komedi Terbaik dimenangi oleh Jihan Nak Buat Rumah Terbuka terbitan KL Motion Pictures.

Pengarahnya, Syed Khairul Farez pula menerima trofi Pengarah Komedi Terbaik (TV).

Bagi kategori Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik (TV) dimenangi oleh Sharnaaz Ahmad (Suamiku Encik Sotong) dan Jihan Muse (Jihan Nak Buat Rumah Terbuka).

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri pula dimenangi program Karoot Komedia X S3 manakala Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri milik Super Spontan 2014 (Akhir).

Keluarga Iskandar 2 pula menerima trofi Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri).


Sepahtu dinobatkan Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular.

Dalam perkembangan sama, bagi kategori popular peminat memilih Datuk AC Mizal sebagai Pengacara Lawak TV Paling Popular manakala Sepahtu dipilih sebagai penerima trofi Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular.

Pelawak Jep Sepahtu berjaya mengekalkan kemenangannya menerusi kategori Artis Lawak Lelaki Popular buat kali ketiga.

Manakala Sharifah Sakinah juga mengekalkan trofi kemenangannya pada kategori sama.

Anugerah Lawak Warna 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz manakala Jihan Muse dan Syuk Balas sebagai pengacara Karpet Merah.

Antara artis yang tampil mengadakan persembahan adalah Bunkface, Douglas Lim, Bora, Bocey, Zainal Abidin, Black, Rahim R2 dan Afdlin Shauki.

Anugerah Lawak Warna 2015 disiarkan menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada pukul 9 malam.


Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Lawak Warna 2015:

Kategori Terbaik

Filem Komedi Terbaik

* Gila Baby - Grand Brilliance


Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

* Khabir Bhatia - Gila Baby


Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

* Beto Kusyairy - Gila Baby


Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

* Nadiya Nisaa - Gila Baby


Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

* Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby


Telemovie Komedi Terbaik

* Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures


Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

* Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB)


Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

* Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)


Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

* Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures


Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

* Mazlan Manan - Cinta Kedua


Pengarah Komedi Terbaik (TV)

* Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka


Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

* Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong


Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

* Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka


Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

* Sepahtu


Pengacara Lawak TV Paling Popular

* Datuk AC Mizal


Artis Lawak Wanita Paling Popular

* Sharifah Sakinah


Artis Lawak Lelaki Paling Popular

* Jep Sepahtu


Anugerah Khas Juri
* AR Badul
0 Komentar untuk "Filem 'Gila Baby' Ungguli Anugerah Lawak Warna 2015"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI