Dana Politik Perkara Normal - Ahmad Razif - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dana Politik Perkara Normal - Ahmad Razif



KUALA LUMPUR: Sumbangan untuk dana politik merupakan satu perkara yang normal di negara ini dan bukan satu kesalahan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau sendiri mengakui pernah dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana politik di negeri Terengganu.

"Bila kita dah buktikan perbelanjaan ini untuk politik, tidak ada masalah, SPRM kata tidak ada masalah...sama juga pihak pembangkang pun macam itu. Kita kena buktikan ia benar, tunjukkan bahawa perbelanjaan kita itu hanya untuk politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil siasatan yang dijalankan SPRM yang mendapati sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah daripada penderma dan bukan daripada 1MDB.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata Umno negeri itu yakin dengan kepimpinan Najib dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dalam menerajui negara.

Katanya Umno memerlukan kesetiaan anggota partinya dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika ini.

"Dunia sekarang menguji kesetiaan, ini biasa, suami isteri pun ada gelombang tetapi kita perlukan kesetiaan," katanya.

0 Komentar untuk "Dana Politik Perkara Normal - Ahmad Razif"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI