Bangunkan lebih banyak rumah mampu milik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bangunkan lebih banyak rumah mampu milik

SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa pihak legislatif, eksekutif, pihak berkuasa tempatan dan swasta untuk lebih giat bersama-sama membangunkan lebih banyak perumahan mampu milik khususnya di bandar-bandar utama.

Naib Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, langkah ini disarankan ekoran pendedahan Khazanah Research Institute mengenai lambungan pasaran harga rumah yang terlalu tinggi sehingga sukar dimiliki oleh majoriti rakyat di Malaysia.

"Pertama ialah pembangunan tanah-tanah wakaf yang boleh dimodelkan daripada projek Taman Wakaf Seetee Aisah di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ia adalah pusat komersial dan residen pertama yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Uda Land Sdn Bhd atas tanah wakaf seluas lima hektar untuk kepentingan umat Islam.

"Langkah kedua yang boleh dipertimbangkan ialah intervensi minima kerajaan terhadap nilai pasaran tanah khususnya di bandar-bandar utama. Harga rumah mampu milik sukar dibendung disebabkan spekulasi tidak terkawal nilai semasa tanah. Apakah mekanisme efektif untuk membendung spekulasi tersebut?

"Sebagai contoh; Purata harga sebuah unit apartmen (800 kaki persegi) di Bukit Jalil berharga RM 400,000.00; purata harga sebuah unit apartmen (900 kaki persegi) di Brickfields berharga RM 600,000.00: Purata harga sebuah unit apartmen (900 kaki persegi) di Ampang berharga RM 300,000.00.

"Perbezaan ketara antara ketiga-tiga kawasan boleh dijustifikasikan namun bagaimana kerajaan ingin memastikan nilai pasaran tersebut berada dalam lingkungan yang munasabah dengan kondisi apartmen, keperluan rakyat dan ia tidak terus dispekulasi?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

0 Komentar untuk "Bangunkan lebih banyak rumah mampu milik"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI