Tolak Tawaran Drama, Akim Risau Diboikot Penerbit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tolak Tawaran Drama, Akim Risau Diboikot Penerbit

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad risau diboikot pihak penerbit drama gara-gara sering menolak tawaran berlakon sejak akhir-akhir ini.

Akim, 24, berkata, penolakan itu disebabkan dia begitu sibuk untuk memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian bersama kumpulan The Magistrate.

"Sekarang ini saya memberi fokus penuh terhadap kerjaya muzik bersama The Magistrate sehinggakan terpaksa tolak tawaran berlakon.

"Tetapi itulah, saya risau kekerapan menolak tawaran berlakon membuatkan penerbit-penerbit pun dah serik dengan saya," katanya kepada mStar Online.

Akim ingin memberi tumpuan kepada karier nyanyian.
Beritahu Akim, dia dan kumpulannya bakal muncul dengan album terbaharu tidak lama lagi yang memuatkan tujuh buah lagu.

Antara judulnya ialah Patriot, Anugerah, Quicksand, Sisaku, Obses, Terlalu Mudah dan Mewangi.

"Alhamdulillah, Akim And The Magistrate bakal muncul dengan produk baharu. Kami menghasilkan lagu dengan penuh teliti agar setiap karya dapat diterima ramai.

"Bersama kumpulan ini memberikan banyak pengalaman buat diri saya dalam menjadi seorang yang lebih matang," ujarnya.

0 Komentar untuk "Tolak Tawaran Drama, Akim Risau Diboikot Penerbit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI