Rafizi Persoal RM63 Juta Dalam Pembelian Hartanah Ke-4 Mara Di Australia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rafizi Persoal RM63 Juta Dalam Pembelian Hartanah Ke-4 Mara Di Australia

PETALING JAYA: Mara Inc mengisytiharkan harga belian yang lebih tinggi dari harga yang sebenar dibayar ke atas hartanah keempatnya di Melbourne, kata National Oversight and Whistleblowers (NOW).

Pengarah Eksekutif NOW Rafizi Ramli berkata, berdasarkan dokumen dalaman yang dikemukakan kepada Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa pada 20 Mei tahun lepas, 281 unit kediaman di 746 Swanston Street telah dibeli pada harga RM138.6 juta pada 28 Ogos 2012.

"Bagaimanapun, pemeriksaan oleh NOW pada laman web hartanah OnTheHouse menunjukkan bahawa transaksi perniagaan bagi 281 unit itu pada bulan November 2012 adalah hanya untuk AUD$ 23.5 juta (RM75.7 juta).

"Ini bermakna perbezaan RM63 juta daripada jumlah yang diluluskan oleh Mara," kata Rafizi dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata jika RM63 juta itu tidak dibayar oleh Mara, "maka di manakah wang itu dan siapa yang mendapat untung daripada pembelian ini?"

"Jika dana Mara sebanyak RM63 juta ini tidak digunakan untuk membeli unit hartanah di 746 Swanston Street, ke manakah dana RM63 juta ini diselewengkan?
"Siapakah yang mendapat laba dari skim pembelian hartanah ini?" soalnya.

Berikutan pendedahan oleh akhbar harian Australia ke atas pembelian hartanah kontroversi Dudley House oleh Mara, NOW mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam dua hartanah Mara yang lain melibatkan lebih dari RM50 juta hilang.

Rafizi menambah satu lagi sidang akhbar akan diadakan pada Isnin untuk mendedahkan individu di sebalik tawaran itu.

0 Komentar untuk "Rafizi Persoal RM63 Juta Dalam Pembelian Hartanah Ke-4 Mara Di Australia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI