Dakwaan Sarawak Report Mengenai Kertas Pertuduhan Terhadap PM Adalah Palsu - AG - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dakwaan Sarawak Report Mengenai Kertas Pertuduhan Terhadap PM Adalah Palsu - AG


PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu oleh Clare Rewcastle Brown dalam Sarawak Report mengenai kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah palsu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Kertas pertuduhan itu tidak pernah dikeluarkan Pejabat Peguam Negara, malah format yang diguna pakai juga tidak betul atau ditulis oleh jabatan itu," katanya yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara dalam satu kenyataan.

"Siasatan Pasukan Petugas Khas berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum lengkap, menjadikan ia mustahil bagi kertas pertuduhan dibuat lebih awal," katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan Sarawak Report bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail telah dipecat sebagai Peguam Negara pada Selasa kerana beliau mahu mengambil tindakan terhadap perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata, dakwaan berhubung kertas pertuduhan ini menunjukkan terdapat konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dengan menjadikan beliau sebagai penjenayah dengan menggunakan kaedah termasuk memalsukan dan kebocoran jenayah.

0 Komentar untuk "Dakwaan Sarawak Report Mengenai Kertas Pertuduhan Terhadap PM Adalah Palsu - AG"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI