Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui surat terbukanya hari ini memberi amaran kepada semua ahli parti tentang sejarah pemimpin tertinggi yang bersama parti atau pertubuhan lain yang akhirnya gagal.
Surat terbuka Hadi itu dikeluarkan ketika ura-ura pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lalu mahu menubuhkan parti baharu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR).
Hadi berkata setiap ahli PAS mestilah bersama jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya," tulis Hadi dalam surat terbukanya yang disiarkan portal rasmi parti itu Harakahdaily, hari ini.
"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakal kepada Allah."
Hadi berkata, pengikut perjuangan Islam wajib sedar dan faham akidah dan dakwah merupakan dua aspek penting dalam perjuangan yang sangat mencabar.
Katanya, jika gagal memahami, boleh menyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan kerana tidak menghayatinya dengan betul.
"Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat solat dan bila-bila masa sahaja," katanya.
Memberi contoh hijrah Nabi Muhammad dan hubungan dengan bukan Islam secara bertahaluf, katanya apabila berlaku sikap bermusuh yang mahu merosakkan akidah, maka dibatalkan segala bentuk hubungan walaupun terhadap kaumnya di Mekah.
"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah," katanya.
Katanya, beristiqamah bersama akidah perjuangan Islam berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.
Manakala pendekatan dakwah, katanya, menuntut umat Islam beristiqamah melaksanakan pendekatan diizinkan Allah, halal dan haram serta berhubungan dengan bukan Islam dan musuh, walaupun hukumnya dari segi akidah tegas dan tetap.
"Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa pun dugaannya," katanya.

0 Komentar untuk "Kamu akan ‘tenggelam’ jika tubuh parti baharu, kata Hadi"