Haron Din Bidas Kit Siang Ceramah Hudud - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Haron Din Bidas Kit Siang Ceramah Hudud

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din membidas Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud dalam ceramahnya di Kelantan, negeri pimpinan PAS yang sedang berusaha untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Beliau berkata Lim tidak sepatutnya menyentuh perkara berkaitan pelaksanaan hudud dalam ceramah perdana di sini Ahad lepas, kerana  kenyataannnya itu tidak menyenangkan 'tuan rumah'.

"Saya nak bertanya adakah boleh diterima pada akal yang sihat dan amalan akhlak yang paling minimum, bila kita berada di rumah seorang hamba Allah dan kita menyebut perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah, adakah akhlak itu baik atau tidak baik.

"Kelantan dan Kota Baharu adalah kubu PAS dan negeri yang akan melaksanakan hudud, maka elokkah pada moral, kita masuk dalam negeri itu dan kita menyebut perkara yang tidak baik mengenai negeri itu di hadapan tuan rumah, kalau ada yang kata baik, silakan, saya mengatakan tidak baik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kuliah Darussyifa ke-4 di Nilam Puri di sini, Jumaat.

Majlis perasmian itu dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Haron berkata sensitiviti umat Islam itu amat banyak antaranya berkaitan hukum hudud yang pelaksanaannya tertangguh begitu lama dan apabila ada pihak yang menentang pelaksanaannya, ia melukakan hati orang Islam.

Akhbar melaporkan bahawa dalam ceramah berkenaan, Lim menjadikan dua buah negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Sementara itu, ditanya tindakan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang yang bakal mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada  muktamar parti itu bulan depan, Haron berkata dalam sistem demokrasi, beliau ada kebebasan untuk bertanding.

"Kebiasaannya orang bertanding ini dia ukur kebolehan dia dan kemungkinan untuk dia menang baru dia bertanding, kalau kita ukur kita masih lagi jauh untuk menang, kalau kita bertanding juga bererti kita membazir waktu dan masa untuk bertanding," katanya.

0 Komentar untuk "Haron Din Bidas Kit Siang Ceramah Hudud"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI