Ada Pihak Sengaja Mahu Singkirkan Saya - Adun Lenggeng - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ada Pihak Sengaja Mahu Singkirkan Saya - Adun Lenggeng

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi mendedahkan langkah itu adalah sengaja dilakukan untuk mengaibkan dirinya.

Wakil Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu berkata, ada musuh yang mahu menyingkirnya sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak pernah mendapat apa-apa notis tuntutan dari pihak lain meminta saya untuk menjelaskan bayaran tertunggak.

"Jika mereka ikhlas, mereka boleh memanggil saya untuk membincangkan hal-hal berkaitan, " katanya kepada The Star pada Rabu.

Ishak tersingkir sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban pada tahun 2013 selepas 25 tahun menerajui jawatan itu kerana diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada 18 Mac lalu gara-gara gagal menjelaskan pinjaman kepada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.

Bagaimanapun Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu.

"Peguam saya menghantar permohonan untuk mengetepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis," katanya.

Ishak berkata masalah itu bermula selepas kontraktor yang membuat pinjaman sebanyak RM2 juta daripada Misran pada tahun 2007 dan gagal membayar pembayaran.

"Oleh kerana saya sebagai penjamin, beban itu jatuh pada saya. Saya telah membayar RM1.2 juta secara berperingkat-peringkat sejak itu.

"Ishak berkata, beliau hairan mengapa peguam Misran itu tidak menghantar notis tuntutan melalui pos berdaftar sebelum diisytiharkan muflis.

"Semua orang di kawasan saya tahu bahawa saya akan berada di sini beberapa hari dalam seminggu.

"Tidak ada masalah untuk mencari saya di kawasan sendiri," tambahnya.

Dalam pada itu, Ishak berkata beliau juga telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 kerana perkara yang sama, tetapi berjaya diselesaikan.

Beliau enggan menamakan siapa yang mahu menyingkirnya sebagai Adun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar.

0 Komentar untuk "Ada Pihak Sengaja Mahu Singkirkan Saya - Adun Lenggeng"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI