Anwar selar PSM kerana tak mahu sertai Pakatan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar selar PSM kerana tak mahu sertai Pakatan


DatukAnwar Ibrahim (gambar) hari ini menyelar Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana memutuskan untuk tidak menyertai gabungan Pakatan Rakyat (P‎R).
Ketua pembangkang itu berkata, keputusan PSM menolak untuk menyertai PR akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
Bagaimanapun beliau berkata PKR perlu mendapatkan panda‎ngan daripada PAS dan DAP sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Perkara ini perlu diadakan konsensus terlebih dahulu bersama PR, kita akan membuat mesyuarat dan akan putuskan tindakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata sebelum ini berkata partinya tidak akan menyertai PR akan tetapi bersama agenda untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
“Pada dasarnya, kita bukan sebahagian daripada Pakatan, dan kita memutuskan tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka," katanya sepertimana dilaporkan The Star hari ini.
Sementara itu‎, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata PSM tidak pernah menjadi sebahagian daripada PR.
"PSM tidak pernah menandatangi apa perjanjian bersama PR atau mempunyai polisi bersama untuk menjadi sebagai daripada PR," katanya.
Beliau berkata, keengganan PSM menyertai PR tidak akan menjejaskan gabungan itu kerana kehadiran parti itu hanya ketika pilihan raya umum.
"Dalam proses pilihan raya kita membenarkan mereka bertanding atas kerusi PR, menggunakan logo kita pada pilihan raya sebelum ini dan juga akan datang.
"Kita akan membuat perbincangan bersama mereka untuk menilai semula supaya ia tidak lari dengan apa yang diumumkan PSM," katanya. – 5 November 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-selar-psm-kerana-tak-mahu-sertai-pakatan#sthash.Ji8q1fwB.dpuf
0 Komentar untuk "Anwar selar PSM kerana tak mahu sertai Pakatan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI