APM 2014: Siti Nurhaliza dinobat Penyanyi Wanita Terbaik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

APM 2014: Siti Nurhaliza dinobat Penyanyi Wanita Terbaik

KUALA LUMPUR: Anugerah Planet Muzik 2014 yang berlangsung semalam di Singapura memperlihatkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi berjaya mengekalkan kecemerlangannya.

Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod baru di dalam karier pelantun lagu 'Jaga Dia Untukku' ini.

Kemenangan tersebut merupakan trofi ke-26 Siti di APM sepanjang 13 tahun penganjurannya.

Di bawah keputusan penuh APM 2014 yang telah berlangsung pada  Jumaat 17 Oktober 2014 bertempat di Suntec,  Singapura:

Anugerah Khas Planet Muzik: Kumpulan Wings

Lagu Terbaik APM: Setelah Kau Tiada- Cakra Khan

Artis Baru Terbaik (Lelaki): Tulus- asal Indonesia

Artis Baru Terbaik (wanita): Fynn Jamal

Nova Media Sosial: Khareez Kasbulah

Ikon Media Sosial: Taufik Batisah

Artis Paling Popular (Singapura) : Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura): Ikrar Kasih – Taufiq Batisah

Lagu Paling Popular APM: Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis

Artis Paling Popular (APM): Noah

Band Terbaik: Noah

Kolaborasi Terbaik (Artis): Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet

Kolaborasi Terbaik (Lagu): Mimpi – Aisyah Aziz / Faizal Tahir/ Omar K

Artis Terbaik (Lelaki): Judika

Artis Terbaik (Wanita): Dato’ Siti Nurhaliza

Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014: Hafiz dan Rossa

Lagu Terbaik Singapura: Tiada Pengganti- Sufie Rashid

Lagu Terbaik Malaysia: Lebih Indah- Dato Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik Indonesia: Setelah Kau Tiada- Cakra Khan
0 Komentar untuk "APM 2014: Siti Nurhaliza dinobat Penyanyi Wanita Terbaik "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI