Anwar nafi meliwat Saiful dalam pernyataan pembelaan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar nafi meliwat Saiful dalam pernyataan pembelaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan saman fitnah RM50 juta menafikan pertuduhan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Ketua Pembangkang itu dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini berkata, insiden berkenaan tidak pernah berlaku dan tuduhan Saiful tidak benar.

Saiful mendakwa, Anwar pada 26 Jun 2008 meminta satu fail dihantar ke sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.



Katanya, Anwar yang merupakan majikannya pada waktu itu, menggunakan semua pengaruhnya untuk mengadakan hubungan seksual itu dengannya.
Saiful berkata Anwar melakukan salah laku seks itu kepadanya tanpa kerelaannya. – 8 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-nafi-meliwat-saiful-dalam-pernyataan-pembelaan#sthash.RitZI0iH.dpuf
0 Komentar untuk "Anwar nafi meliwat Saiful dalam pernyataan pembelaan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI