Tunjukkan PAS Ada 'Tuan'. - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tunjukkan PAS Ada 'Tuan'.


Komentar"
Kita sebagai ahli akar umbi ini, kadang-kadang ingin dapatkan respon dari pemimpin tentang sesuatu isu. Respon itu perlu sebagai satu penjelasan. Apabila pemimpin kita bersuara, kita ahli akar umbi ini rasa bersemangat dan terbela. Kalau semua pemimpin berdiam diri, kita jadi terpinga-pinga. Macam parti tiada orang cakna.


Dalam situasi PAS diserang oleh DAP dan dipermainkan oleh PKR sehari dua ini, hanya beberapa orang pemimpin PAS sahaja yang menjadi ‘hulubalang’ untuk membela dan mempertahankan parti. Antara respon yang pepat dan tepat ialah kenyataan mantan Ketua Pemuda, Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Nik Abduh.
Idea dan bidasan dua tokoh muda ini nampak mantap dan berbisa. Ngeri juga dibuatnya DAP dan PKR. Mereka berdua ini bukan mahu cari gaduh tapi sekadar menunjukkan PAS ini ada tuan. PAS ini ada hujah untuk bertahan dan menyerang. Kalaulah tiada suara mereka berdua ini, siapalah agaknya membela parti kesayangan ini.
Sepatutnya Mat Sabu yang perlu berbunyi terutama tentang isu di Pulau Pinang. Mat Sabu diam. Mungkin Mat Sabu senada dengan DSAI dengan klausa ‘patutnya gunalah saluran yang betul’ dalam isu Iszuree. Apakah tindakan susulan Mat Sabu berkaitan isu yang disuarakan melalui muktamar yang baru lalu?
Sepatutnya pemidato dan nakhoda jelmaan yang bagi respon. Kita ada Khalid Samad, Dr. Zulkifli, Dr. Mujahid, Dr. Hatta dan Hanifa Maidin. Ke mana pergi wira-wira debat ini? Kalaulah mereka mengambil sikap berdiam diri sebagai jalan yang lebih baik, maka syabaslah. Janganlah diam kerana sama pendirian dengan DSAI. Janganlah diam sebagai tanda bersetuju dengan tindakan Lim Guan Eng dan DAP.
Harapnya, biarlah beberapa orang pemimpin baik dari kalangan Pemuda mahupun AJK PAS Pusat yang bangkit bangun berhujah dalam mempertahankan parti dan memberi semangat kepada ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi. Tunjukkan bahawa PAS ada ‘tuan’.

 ------------------------------------------------------------------------
 Ingatan untuk pihak-pihak yang suka membaling batu ke rumah PAS. Kalau rumah kalian berdinding kaca, jangan sibuk membaling batu ke rumah orang.



"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 BayangDiAir
0 Komentar untuk "Tunjukkan PAS Ada 'Tuan'."

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI