TUMPAT - [DIKEMASKINI] Kerusi Dun Pengkalan Kubor kekal milik BN setelah calonnya, Mat Razi Mat Ail menang PRK N 01 menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli di Pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Bijiwangsa pada jam 8.55 minit malam dengan Mat Razi meraih sebanyak 9,961 undi, Wan Rosdi 7,326 undi manakala Izat Bukhary sekadar memperolehi 38 undi.
Kemenangan itu menunjukkan majoriti BN meningkat daripada 1,736 pada PRU13 lalu kepada 2,365 pada PRK kali ini.
Keputusan tersebut juga menyaksikan kemelut yang berlaku antara Pas dan rakan mereka dalam PR, iaitu PKR dan DAP jelas memberikan kesan kepada mereka.
Malah, pengundi juga dilihat turut terkesan dengan pergolakan isu Menteri Besar Selangor dan kekecohan di Muktamar tahunan Pas kali ke-60 yang menjejaskan sokongan pengundi kepada parti itu.
Mat Razi yang hadir ditemani Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Manakala tiada pemimpin dan penyokong Pas yang hadir pada pengumuman tersebut.
Sementara itu, sejumlah 17,555 pengundi berdaftar di kawasan Dun Pengkalan Kubor menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi memilih wakil rakyat yang baharu.
Sebanyak 11 pusat mengundi yang dibuka seawal jam 8 pagi disediakan bagi proses pengundian biasa PRK Dun Pengkalan Kubor dengan 46 peti undi termasuk undi pos.
Proses pengundian ditutup pada jam 5 petang dengan peratusan keluar mengundi adalah 73 peratus.
Undi ditolak adalah sebanyak 230 undi.
PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada 20 Ogos lalu.
Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubor semasa PRU13 lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.

0 Komentar untuk "PRK Pengkalan Kubor: BN menang besar"