Tidak perlu import Adun Umno jadi Exco - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tidak perlu import Adun Umno jadi Exco

SHAH ALAM - Belum ada keperluan untuk mengisi kekosongan lima kerusi Exco di Selangor dengan Adun Umno berikutan sebelum ini BN memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun ujar Abdul Khalid, beliau menyambut baik BN itu yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang akan memberi sokongan terhadap kepimpinannya jika usul tidak percaya diadakan.

"Buat masa ini belum buat apa-apa keputusan dibuat, perkara ini tidak berbangkit.

"Pada masa ini pentadbiran kerajaan negeri Selangor dilakukan oleh saya bersama dengan empat Exco dari Pas dan bekerjasama dengan penjawat untuk menentukan pentadbiran negeri berjalan dengan mantap dan cekap," katanya kepada pemberita di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno itu pada Isnin lalu bahawa sokongan itu tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani.

Abdul Khalid menambah, jika wujud keperluan, beliau sedia berbincang dengan Exco sedia ada dan menghadap Sultan Selangor untuk kelulusan.

"Sebenarnya apa-apa keputusan untuk menambah penyertaan ahli Exco perlu mendapat perhatian dan juga kelulusan DYMM Sultan Selangor," katanya.

Ditanya tentang status kerajaan negeri Selangor sekarang akan bertukar kepada kerajaan perpaduan, beliau bagaimanapun menafikannya dan tidak berminat untuk membincangkannya.

"Saya tidak akan pergi ke peringkat itu, tetapi kita lebih berminat untuk menjalankan kerajaan negeri dengan lebih harmoni dan cara praktikal.

"Dengan itu Selangor masih mengekalkan sebagai negeri yang terkaya dan produktif di Malaysia," katanya lagi.
0 Komentar untuk "Tidak perlu import Adun Umno jadi Exco"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI