Rayer ‘celaka Umno’ didakwa dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rayer ‘celaka Umno’ didakwa dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan

Adun Seri Delima RSN Rayer kelihatan di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Ogos, 2014.Mahkamah Sesyen George Town hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang mengeluarkan kenyataan "celaka celaka Umno" dalam sidang Dewan Undagan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebelum ini, dengan dua pertuduhan.

Rayer pada mulanya didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulhazmi Abdullah yang membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 17 Oktober untuk tarikh sebutan semula.

Rayer selepas itu dibawa ke mahkamah lain di Mahkamah Sesyen George Town dan didakwa pertuduhan lain di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataan yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Delima pada 22 Mei ketika kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor yang mengaitkan kenyataannya "celaka Umno" itu.
Rayer mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu. – 27 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rayer-celaka-umno-didakwa-di-bawah-akta-hasutan-mengaku-tidak-bersalah#sthash.AdbcGhZf.dpuf
0 Komentar untuk "Rayer ‘celaka Umno’ didakwa dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI