GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan bahawa projek pembinaan terowong dasar laut di negeri ini dibuat secara rundingan terus.
Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air,Telekom) dan Pengangkutan Udara,Laut,Keretapi), Lim Hock Seng berkata, kenyataan itu berniat jahat dengan menfitnah kerajaan negeri serta dirinya.
“Saya menafikan sama sekali dakwaan tidak berasas Nasrudin bahawa saya membuat kenyataan pada 15 Mac 2013 iaitu Projek Pembinaan Terowong Bawah Dasar Laut Pulau Pinang dibuat secara rundingan terus,” katanya kepada media, hari ini.
Menurutnya, beliau bersedia untuk kemukakan bukti jika kes itu dibawa ke mahkamah kelak bagi membuktikan projek itu dijalankan secara tender terbuka.
“Saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek itu dijalankan secara tender terbuka dalam istilah dan ertikata sebenarnya mengikut piawaian dan takrifan antarabangsa.
“Sebenarnya projek terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Pesiaran Gurney di pulau ke Bagan Ajam di Seberang Perai, akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Seberang Perai Utara," katanya.
Dalam kenyataan di laman Facebooknya, Nasrudin menyifatkan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengatakan beliau melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu juga mendakwa, projek berkenaan adalah projek rundingan terus kerana tidak mengamalkan tender terbuka sepenuhnya.
Nasrudin berkata, perkara itu dinyatakan sendiri Hock Seng yang dipetik dalam akhbar tempatan pada 15 Mac 2013 bahawa ia adalah tender yang melalui proses pre-qualification dan saringan yang lebih mirip kepada jenis tender secara terpilih (managed tender) dan bukannya tender terbuka.

0 Komentar untuk "Nafi projek terowong dibuat secara rundingan terus"