PUCHONG - “Meski Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini diselubungi isu kemelut jawatan menteri besar, beliau harus ingat kepentingan rakyat Selangor perlu diutamakan apatah lagi babitkan isu air,” demikian kata Adun Kinrara, Ng Sze Han.
Beliau berkata, paras air Selangor kian menurun akibat fenomena El Nino yang berterusan dan negeri ini dijangka sekali lagi berdepan krisis air.
Disebabkan itu katanya, Abdul Khalid tidak harus pandang ringan perkara tersebut hanya kerana terpaksa berdepan kemelut jawatan dipegang sekarang.
"Berdasarkan bacaan sehingga semalam, paras air Empangan Sungai Selangor hanya mencatat 35.6 peratus, Selangor dijangka bakal berdepan krisis air berulang sekiranya tiada persediaan rapi," katanya.
Beliau berkata, Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, pernah memberitahu kerajaan negeri tidak akan melaksanakan catuan air pada musim perayaan.
Namun katanya, perlu diingatkan bahawa penggunaan air selepas musim perayaan, iaitu apabila orang ramai kembali ke Selangor juga harus difikirkan.
“Saya mengalu-alukan langkah kerajaan negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) untuk menambah sumber air. Namun, apa yang membimbangkan apakah kapasiti air selepas ini masih cukup untuk memenuhi permintaan rakyat,” katanya.
Menurutnya, menteri besar memainkan peranan yang penting untuk menjamin keberkesanan langkah tersebut supaya rakyat Selangor tidak akan panik dengan pelbagai khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, satu jawatankuasa khas baharu dianggotai Adun dan Ahli Parlimen juga perlu ditubuhkan menggantikan jawatankuasa sedia ada memandangkan isu air di negeri ini masih tidak dapat diselesaikan dengan baik.

0 Komentar untuk "Utamakan kepentingan rakyat dahulu"