Mana mayat mangsa nahas MH17? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mana mayat mangsa nahas MH17?

KLUANG - Malaysia menuntut puak pemisah di Ukraine memberi penjelasan ke mana 196 mayat penumpang pesawat MH17 dibawa, setelah diambil di tapak pesawat itu terhempas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka perlu jelaskan tindakan puak pemisah ambil mayat-mayat itu secara paksa daripada petugas kecemasan Ukraine.

“Kita mahu penjelasan ke mana semua mayat itu dibawa? Puak pemisah perlu maklumkan kepada dunia apa yang mereka mahu lakukan terhadap semua mayat yang diambil itu.

“Mereka (puak pemisah) perlu melayan semua mayat terbabit secara tertib, hormat serta menjaga sensitiviti setiap keluarga mangsa, ahli keluarga saya (iaitu nenek tiri beliau) juga mungkin ada di situ.

“Saya secara peribadi akan pantau hal ini melalui risikan dan kerjasama rakan-rakan menteri pertahanan seluruh dunia,” katanya di sini, semalam.

Semalam, media antarabangsa melaporkan seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine memaklumkan bahawa puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro dilaporkan berkata, petugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat itu kepada puak pemisah yang bersenjata.

Sementara itu, Hishammuddin yakin pihak berkuasa dan pakar dari Malaysia akan menemui bukti termasuk serpihan senjata yang digunakan bagi menembak jatuh MH17.

“Pihak berkuasa dan pakar dari Malaysia sudah bersedia dan hanya menunggu kebenaran Ukraine untuk menyiasat dan menguruskan mayat.

“Kita yakin Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kini di Ukraine mampu percepatkan proses agar pihak berkuasa dan pakar kita menyiasat lokasi kejadian dengan segera,” katanya.

0 Komentar untuk "Mana mayat mangsa nahas MH17?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI