Khalid takut pengundi Cinanya murka? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid takut pengundi Cinanya murka?

BANGI, 16 Julai – “Takut murka Allah atau takut murka pengundi Cina?”soal Naib Presiden ISMA, Encik Abdul Rahman Mt Dali kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Jika benar dia takut dengan murka Allah, kenapa selama ini semua tindakan mencabar dan biadap  terhadap kedudukan  Melayu, Islam dan Raja dia akan membisu?

“Apabila terdapat pihak yang mengkritik orang Cina atau pihak Kristian yang mencabar kedudukan Melayu dan Islam, dia pula akan bersuara menentang atas alasan kerahmatan Islam atau kononnya kerana mahu menjaga nama baik Islam.

“Bilamana ada pihak bukan Islam mencabar Sultan Selangor berkaitan kalimah Allah, dia tidak pula mempertahankan Sultan. Dia dilihat lebih menjaga hati orang bukan Melayu daripada menjaga hati yang sebangsa dan seagama dengannya.

“Adakah semua itu kerana hanya takutkan murka pengundi Cina yang memenangkan dia dalam PRU13?

“Sebenarnya dia lupa dan tersasar daripada tujuan berpolitik di dalam Islam. Dia benar-benar merugikan kita dan menguntungkan orang lain,” ujar Encik Rahman kepada ISMAweb.

Dalam pada itu tambah beliau juga, pengundi Shah Alam wajar menolak Khalid sebagai wakil rakyat mereka di pilihan raya akan datang.

“Ini kerana saya yakin, ketika dia menang dengan kelebihan undi hampir 11,000 di Shah Alam tempoh hari, majoriti yang memenangkan dia adalah pengundi Cina yang jumlah pengundi keseluruhannya ketika itu sekitar 15,000 orang. Jadi sekiranya orang Cina tidak menyokong, sudah pasti dia akan kalah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada tulisan Khalid Samad di akuan Twitternya baru-baru ini yang mengatakan bahawa ‘Bulan Ramadan bulan ketakwaan. Takwa bererti takut kepada kemurkaan Allah.’

Baru-baru ini Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaannya apabila Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Meskipun bukan anak jati Selangor, Khalid yang diberi peluang menjadi wakil rakyat di negeri itu seharusnya mengambil peluang mendalami sejarah negeri Selangor dan undang-undang yang terpakai terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, titah Sultan.

Sementara itu menurut Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya, teguran Sultan itu tepat dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Ujarnya, ini adalah cubaan golongan liberal Islam yang mahu menguji keutuhan istitusi Raja-raja. Yang pasti, mereka tidak akan berhenti kerana matlamat mereka adalah untuk menjadikan negara ini sebagai negara republik.

“Mereka sebenarnya bercakap bagi pihak bangsa lain. Mereka hanya ‘puppet’ yang menjalankan agenda orang lain. Jadi rakyat harus menolak pemimpin seperti Khalid yang hanya akan merosakkan agama dan bangsa,” kata Aminuddin lagi.

0 Komentar untuk "Khalid takut pengundi Cinanya murka?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI